Sabtu, 13 Oktober 2012

PANDUAN PELAKSANAAN PERSEKITARAN BERKUALITI (AMALAN 5s)

PENGENALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S): Pada masa ini, teknik pengurusan 5S semakin diiktiraf dalam organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Untuk mencapai matlamat ini, organisasi tersebut hendaklah melakukan proses penambahbaikan secara berterusan seperti berikut: - mengenal pasti, mengurang dan mengelakkan pembaziran. - membina semangat kerja berpasukan. - merangsang suasana kerja yang lebih selesa. - membentuk satu sistem asa ke arah penambahbaikan produktiviti dan kualiti.
MEMAHAMI PERSEKITARAN BERKUALITI (5S): 5s adalah salah satu alat pengurusan yang diamalkan di Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. Teknik pengurusan 5S yang menjadi asas kepada mana-mana organisasi yang mempunyai inisiatif untuk berdaua saing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan