Isnin, 22 Oktober 2012

Nasi Arab - Restoran Half Moon, Seri Kembangan

Restoran Half Moon: banyak diperkatakan oleh member pejabat orang rumahku......dalam fikiran aku....sedap kah....ko macam kat Restoran Sabar depan LRT Setiawangsa ka?? Semalam kami sekeluarga pergi ke Restoran Half Moon. Orang rumah aku siap member dia bagi plan lagi.......aku apa lagi tengok google la kat mana nyer kedai nie.....rupa-rupanya jalan aku selalu dok balik jer.....dekat dengan Putrajaya lagi....
Sampai-sampai....terus la order...
Kebanyakan yang menjamu selera di sini adalah dari orang-orang sebelah timur-tengah. Mungkin mereka ini pelajar-pelajar yang tinggal disekitar kawasan Seri Kembangan. Pelayan yang mengambil pesanan pun tidak fasih berbahasa melayu mahu pun cakap orang putih. Nasib baik ada buku menu, kami order berdasar menu yang ada dalam buku menu tersebut.
HAHAHAHAH...Memang sedap la......macam nak tambah lagi.....nanti la lain kali plak...
HAHAHAHAH...Memang sedap la......macam nak tambah lagi.....nanti la lain kali plak... Kawan-kawan bolwh ler mai makan kat sini....sodappppp......siap orang rumah cakap boleh mai lagi ler, dekat dan murah....boleh coba....anda akan tahu rasanya....dengaq cakap orang jer.....teliur saja......datang sendiri coba rasa...... JUMPA LAGI.....DAH DEKAT NAK RAYA HAJI NIE....NAK BALIK KPG....

Sabtu, 13 Oktober 2012

PANDUAN PELAKSANAAN PERSEKITARAN BERKUALITI (AMALAN 5s)

PENGENALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S): Pada masa ini, teknik pengurusan 5S semakin diiktiraf dalam organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Untuk mencapai matlamat ini, organisasi tersebut hendaklah melakukan proses penambahbaikan secara berterusan seperti berikut: - mengenal pasti, mengurang dan mengelakkan pembaziran. - membina semangat kerja berpasukan. - merangsang suasana kerja yang lebih selesa. - membentuk satu sistem asa ke arah penambahbaikan produktiviti dan kualiti.
MEMAHAMI PERSEKITARAN BERKUALITI (5S): 5s adalah salah satu alat pengurusan yang diamalkan di Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. Teknik pengurusan 5S yang menjadi asas kepada mana-mana organisasi yang mempunyai inisiatif untuk berdaua saing.

Jumaat, 12 Oktober 2012

HUJAN LEBAT!! BANJIR TERKEJUT!


HUJAN LEBAT!! BANJIR TERKEJUT!

Ingatkan nak tidoq sebab hujan lebat dari pagi tadi tapi perut lapaq plak..........nak tidoq camana??
Hujan yang lebat tak henti, turun dari pejabat di bangunan CAMS,
Masyaallah.......apa dah terjadi nie....memang la hujan lebat.....

Ini kat belakang bangunan CAMS, dekat Seksyen Percetakan Peta....

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN:

Musim peperiksaan datang lagi. Hampir semua pelajar tak kira sekolah rendah, menengah, IPTS maupun IPTA, mula stres apabila menjelangnya peperiksaan. Sedikit stres itu bagus sebab ia membolehkan pelajar berada pada puncak prestasi bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Tetapi jika stres itu keterlaluan ia menjadi sesuatu yang negatif. Tanda-tanda stres pada pelajar boleh dikenalpasti melalui perubahan tingkahlaku dan tahap kesihatan mereka. Jika tidak dikawal ia boleh membawa kepada panik dan bimbang yang melampau.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan:- 

 1. Berfikir secara positif. 
Bersedia atau tidak bersedia, anda perlu menghadapi peperiksaan tersebut. Jangan fikir anda tidak boleh menjawab soalan, anda perlu menjawabnya juga. Sebagai pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan anda perlu juga menjawabnya. Sebaliknya, anda perlu menghadapi dengan redhaNYA.....jawab dengan tertib....jangan gelojoh.

2. Jaga pemakanan. 
Pastikan anda makan atau minum dahulu sebelum menghadapi peperiksaan. Ia akan memberikan tenaga kepada badan dan otak anda. Rezeki yang halal dan disediakan oleh ibubapa adalah sangat baik untuk anak-anak kita. Jika dari rezeki yang tidak baik, ia akan menggelapkan hati anak-anak kita.

3. Tidak perlu menyemak kertas jawapan. 
Maksud disini, selepas siap dan keluar dewan peperiksaan tu, tak payah la nak semak lagi jawapan anda dengan kawan-kawan, bukan apa.....mana nak tahu, jawapan kawan anda pun tak betul.....ini akan menjejaskan pemikiran anda bagi kertas-kertas peperiksaan yang lain.

4. Banyakkan latihan/latih tubi. 
Bagi mencapai kepuasan untuk mendapatkan keputusan yang baik, anda mestilah mengamalkan belajar mengulangkaji pelajaran selepas apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Banyakkan membuat latihan dan latih tubi samada menjawab soalan tahun-tahun lepas ataupun soalan-soalan ramalan. Ini dapat menambahkan keyakinan bagi menghadapi situasi dalam peperiksaan.

5. Minta restu ibubapa dan guru. 
Untuk menjadi murid /pelajar yang baik, sentiasalah mendapatkan restu dari orang tua kita. Sebelum keluar rumah atau kereta, ciumlah tangan ibubapa dan minta ampun maaf serta restu untuk hari itu. Lakukan setiap hari, bukan masa untuk menghadapi peperiksaan sahaja.

6. Banyakkan berdoa. 
Allah akan memakbulkan doa seseorang jika kita ikhlas minta dari NYA. ALLAH cukup membenci jika kita selepas solat tidak meminta DOA kepadaNya. Sombong la kita jika tak minta doa selepas solat.



Sebahagian Petikan MOTIVASI: bersama DR. Tengku Asmadi T. Mohamad: Pakar motivasi