Isnin, 7 Oktober 2013

SUKAN NRE KE-5. 2013

PUTRAJAYA, 15 September 2013.
 -  Sukan Dwi Tahunan kali ke 5, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 September 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontijen Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang telah berjaya menjadi Naib Juara Keseluruhan pada temasya kali ini berbanding tempat keempat pada tahun sebelumnya.


Antara Pencapaian dan kejayaan Kontijen JUPEM pada temasya sukan kali ini adalah: 

i. Johan - Karom Campuran, Dart Campuran, Tenis Lelaki, Bowling Lelaki dan Perbarisan Kawad
ii. Naib Johan - Dam Aji Lelaki, Congkak Wanita, Ping Pong Campuran dan Sepak Takraw
iii Ketiga - Snooker Terbuka, Lari Berganti-ganti, Badminton Campuran dan Bola Tampar Lelaki
Sebanyak 22 acara telah dipertandingkan telah dipertandingkan pada sukan dwi tahunan ini. JUPEM telah memasuki kesemua acara yang di pertandingkan.



Tentatif acara: 

 13 September 2013 Pagi 
– telah dimulakan dengan beberapa acara padang seperti bolasepak, bolatampar dan sepaktakraw. Petang – acara perasmian oleh KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,

 14 September 2013 
Pagi hingga malam Acara- indoor seperti karom, snooker, dam aji, congkak, futsal lelaki dan wanita Cara padang- bolasepak, sepaktakraw, bolatampar

 15 September 2013
Kebanyakan acara padang berlangsung pada peringkat sukuakhir, separuh akhir dan akhir. Laporan Karom Campuran. Sebanyak 10 pasukan terima masuk bertanding pada kali ini.

Format pertandingan dimana telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu: 

Kumpulan A – JUPEM, JMG, PERHILITAN, NAHRIM & NRE
Kumpulan B – JPS, FRIM, JAS, JPSM & JBK.
 Perlawanan bermula agak lewat sedikit kerana terpaksa diberikan taklimat kepada pengurus dan para pemain.
 CORAT-CORET KAROM CAMPURAN JUPEM 

masih mengekalkan orang lama… Otai masih berbisa……


Separuh Akhir 1: JUPEM (3) VS FRIM (0) 
Separuh Akhir 2: JMG (1) VS JPS (2) 

Final : JUPEM (2) VS JPS (1) 
-2 pasukan yang sama telah bertemu lagi pada tahun ini di final. Dapatkah JPS membalas demdam kesuma yang lalu…NANTi kan…. 

 KEPUTUSAN: 

 JOHAN: JUPEM 
N. JOHAN: JPS 
KETIGA: JMG 
 KEEMPAT: FRIM 

Tahniah jupem kerana telah mempertahan kejuaraan yang lalu. Dua Tahun lagi coba lagi yer!!!!!



Ulasan: Latihan perlulah berterusan agar jari-jemari tak keras. Latihan intensif yang diberikan oleh pihak JUPEM di Pusat Latihan Kompleks Sukan Paroi adalah berbaloi. JUPEM telah mencatatkan sejarah kerana telah menduduki tempat kedua keseluruhannya. 

TAHNIAH….JUPEM BOLEH!!!!!!!!

WARIS-WARIS JUPEM!!!!!....HEHEHEEHH



Sabtu, 20 Julai 2013

FIESTA BUNGA PUTRAJAYA 2013

Dah cuti sekolah tak bawa kemana-mana. Apabila ada Fiesta Bunga di Putrajaya, so dapat la aku bawa anak-anak melihat bunga...
Tiap-tiap tahun pi tengok bunga, beli tidaknya....hihihihii