Jumaat, 12 Oktober 2012

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN:

Musim peperiksaan datang lagi. Hampir semua pelajar tak kira sekolah rendah, menengah, IPTS maupun IPTA, mula stres apabila menjelangnya peperiksaan. Sedikit stres itu bagus sebab ia membolehkan pelajar berada pada puncak prestasi bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Tetapi jika stres itu keterlaluan ia menjadi sesuatu yang negatif. Tanda-tanda stres pada pelajar boleh dikenalpasti melalui perubahan tingkahlaku dan tahap kesihatan mereka. Jika tidak dikawal ia boleh membawa kepada panik dan bimbang yang melampau.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan:- 

 1. Berfikir secara positif. 
Bersedia atau tidak bersedia, anda perlu menghadapi peperiksaan tersebut. Jangan fikir anda tidak boleh menjawab soalan, anda perlu menjawabnya juga. Sebagai pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan anda perlu juga menjawabnya. Sebaliknya, anda perlu menghadapi dengan redhaNYA.....jawab dengan tertib....jangan gelojoh.

2. Jaga pemakanan. 
Pastikan anda makan atau minum dahulu sebelum menghadapi peperiksaan. Ia akan memberikan tenaga kepada badan dan otak anda. Rezeki yang halal dan disediakan oleh ibubapa adalah sangat baik untuk anak-anak kita. Jika dari rezeki yang tidak baik, ia akan menggelapkan hati anak-anak kita.

3. Tidak perlu menyemak kertas jawapan. 
Maksud disini, selepas siap dan keluar dewan peperiksaan tu, tak payah la nak semak lagi jawapan anda dengan kawan-kawan, bukan apa.....mana nak tahu, jawapan kawan anda pun tak betul.....ini akan menjejaskan pemikiran anda bagi kertas-kertas peperiksaan yang lain.

4. Banyakkan latihan/latih tubi. 
Bagi mencapai kepuasan untuk mendapatkan keputusan yang baik, anda mestilah mengamalkan belajar mengulangkaji pelajaran selepas apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Banyakkan membuat latihan dan latih tubi samada menjawab soalan tahun-tahun lepas ataupun soalan-soalan ramalan. Ini dapat menambahkan keyakinan bagi menghadapi situasi dalam peperiksaan.

5. Minta restu ibubapa dan guru. 
Untuk menjadi murid /pelajar yang baik, sentiasalah mendapatkan restu dari orang tua kita. Sebelum keluar rumah atau kereta, ciumlah tangan ibubapa dan minta ampun maaf serta restu untuk hari itu. Lakukan setiap hari, bukan masa untuk menghadapi peperiksaan sahaja.

6. Banyakkan berdoa. 
Allah akan memakbulkan doa seseorang jika kita ikhlas minta dari NYA. ALLAH cukup membenci jika kita selepas solat tidak meminta DOA kepadaNya. Sombong la kita jika tak minta doa selepas solat.



Sebahagian Petikan MOTIVASI: bersama DR. Tengku Asmadi T. Mohamad: Pakar motivasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan